Setiap kali kita shopping barang2 dapur seminggu atau sebulan sekali, pastinya banyak beg plastik yang kita dapat bukan? Sumber : myneshub.tv Daripada dibuang begitu sahaja, adalah bagus sekiranya beg2 plastik ini dikumpulkan dan diguna semula. Aku banyak sekali kumpul beg2 plastik ni n diguna untuk dijadikan beg sampah utk area dapur dan ruang tamu. No need untuk beli lagi beg sampah yang baru! Botol2 minyak terpakai pula aku gunakan semula dan dijadikan pasu untuk menanam kesum. Botol2 air berkarbonat terpakai aku modified and guna untuk tanam daun ketumbar/ kesum.
Bagi korang yang nak cuti2 Malaysia, JANGAN sesekali korang terus walk-in ke hotel atau resort! Biasanya kebanyakan hotel mengenakan caj yang terlalu mahal jika korang terus walk-in mcm tu je.. Untuk save bajet hotel, korang disarankan untuk tempah hotel tu secara online. Antara site yang korang boleh lawati adalah seperti Hotelscombined.my dan nikmatilah percutian korang sambil berjimat. Kebanyakan hotel juga menawarkan kadar diskaun yang menarik bergantung kepada hari korang nak stay. Selain tu korang dapat memilih hotel apa lagi yang korang prefer based on price, fasiliti, breakfast, dsbnya.
Antara bahan harian di rumah yang selalu digunakan ibu2 adalah minyak masak. Penggunaan minyak masak boleh dikatakan antara penyumbang utama perbelanjaan bulanan sesebuah keluarga. Tapi tahukah korang, pemilihan minyak masak juga sebenarnya membantu mengurangkan kos bulanan perbelanjaan rumah. Kredit foto: Berita Harian Minyak masak paket sepatutnya menjadi pilihan bijak ibu2 kerana harganya yang lebih murah berbanding minyak masak botol. Harga 1kg minyak masak paket adalah sekitar rm2.50 ~ rm3 manakala minyak masak botol 2kg berharga rm12. Jadi mana yang lebih jimat? Tentunya minyak masak paket bukan!