Catatan

Beralih Kepada Peralatan Jimat Elektrik

Imej
Dalam tempoh PKP yang lalu ramai dari kita dikejutkan oleh bil elektrik yang melambung tinggi kerana rakyat telah diarahkan untuk duduk di rumah dan keluar hanya apabila perlu sahaja. Kenaikan bil ini disebabkan oleh penggunaan barangan elektrik seperti aircon atau tv yang terlalu lama dihidupkan sehingga menyebabkan ada yang terkejut apabila jumlah bil yang sampai di luar dari kadar biasa! Keadaan ini justeru lebih membebankan ditambah lagi apabila ada yang kehilangan pekerjaan dek kerana pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia.  Penggunaan peralatan elektrik yang tidak jimat tenaga pada tempoh yang lama menyumbang kepada kenaikan bil elektrik.  Untuk mengatasinya korang dinasihatkan untuk beralih kepada peralatan yang lebih jimat tenaga. Antaranya adalah seperti lampu kalimantang LED , pendingin hawa jenis inverter dan peti sejuk jenis inverter atau yang mempunyai energy efficiency label dengan star-rating yang tinggi.  1-Star bermaksud peralatan tersebut tidak jim...

Refill Pack

Imej
Antara pendekatan berjimat yang boleh diamalkan ibu2 di rumah adalah dengan membeli barangan dalam bentuk refill pack.  Boleh dikatakan kesemua item refill pack bernilai lebih rendah jika dibandingkan dengan yang dipek dalam botol (dengan isipadu kandungan yang sama). Contoh barangan refill pack adalah seperti cecair pencuci pinggan Glo , serbuk kopi Indocafe , Milo , Febreeze dan banyak lagi. Jadi, pilihan untuk berjimat adalah di tangan anda...

Hindari Kedai Serbaneka 24 Jam

Tahukah anda kebanyakan barangan yang dijual di kedai serbaneka 24 jam adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya atau kedai2 runcit? Antara kedai yang perlu dihindari adalah seperti 7-Eleven, Family Mart, KK-Mart, Mynews serta kedai2 di stesen minyak.  Aku pun hanya ke kedai2 tu hanya untuk bayar bil utiliti dan beli topup celcom je. Nak beli barang lain...memang tak lah.... Harga di kedai2 tu mahal mungkin disebabkan diorang perlu membayar kos operasi seperti aircon, lampu dan juga gaji pekerja yang ramai. Pilihan kedai yang selalu aku lawati adalah 99Speedmart, NSK, Econsave, Pasaraya Target ( di Johor ) dan Q-mart  ( di Johor ) kerana harga barangannya yang lebih murah. Selain itu berbelanja di Eco-shop dan Mr DIY juga adalah antara yang menjadi pilihan utama aku untuk mencari barangan keperluan rumah. Kalau anda mempunyai/mengetahui kedai/pasaraya berdekatan yang selalu menawarkan barangan harian pada harga murah, sila nyatakan pada ulasan di ba...

Guna Semula Beg Plastik/Botol Terpakai

Imej
Setiap kali kita shopping barang2 dapur seminggu atau sebulan sekali, pastinya banyak beg plastik yang kita dapat bukan? Sumber : myneshub.tv Daripada dibuang begitu sahaja, adalah bagus sekiranya beg2 plastik ini dikumpulkan dan diguna semula. Aku banyak sekali kumpul beg2 plastik ni n diguna untuk dijadikan beg sampah utk area dapur dan ruang tamu. No need untuk beli lagi beg sampah yang baru! Botol2 minyak terpakai pula aku gunakan semula dan dijadikan pasu untuk menanam kesum.  Botol2 air berkarbonat terpakai aku modified and guna untuk tanam daun ketumbar/ kesum.

Beli Barangan Terpakai

Imej
Setiap orang mahukan barangan yang baru (brand new) tidak kiralah samada ianya pakaian, perabot, peralatan elektrik, gajet elektronik,  kenderaan dan sebagainya kerana yg baru biasanya adalah yg elok dan tiada 'cacat cela'nya. Namun bukan semua yang baru adalah yang murah. Ditambah pula, apabila perlu memikirkan bajet yang lain juga untuk pelbagai keperluan lain. Ada yang sampai sanggup berhutang di Courts Mammoth atau Ikea misalnya semata-mata nak rumah nampak trendy dan "up-to-date". Namun, amalan sebegini amatlah tidak baik kerana lama-kelamaan boleh memakan diri-sendiri dan merugikan. Alternatif yang ada sebagai penyelesaian adalah mencari barangan terpakai (juga disebut preloved item) .  Umum mengetahui bahawa kedai barangan terpakai biasanya menjual item mereka pada harga yang sangat murah . Dan mostly korang masih lagi bernegosiasi dengan penjual untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik. Jika kat tempat korang takde kedai barangan terpakai, portal mudah.my...

Tanam Sayuran Sendiri

Imej
Jika korang atau mak korang selalu memasak lauk-pauk yang sedap2 kat rumah, pastinya sayuran seperti cili, serai, daun limau purut adalah bahan yang kerap kali digunakan. Kali ni aku nak listkan apa sayuran yang senang ditanam kat laman/tepi rumah dan mudah korang nak jaga. Antaranya seperti: Cili padi kampung - bahan penting dalam pelbagai masakan seperti masak lemak cili api dan lain2 Cili besar - untuk sambal belacan dll Pokok kesum - daunnya untuk buat kuah laksa Pokok kunyit - daunnya untuk buat masak lemak dan rendang Serai Pokok kari - daunnya untuk masak kari atau ayam goreng berempah Pokok limau purut - tomyam dll Pokok daun sup Pokok ketumbar Pokok ulam raja Pokok bayam brazil Pokok tomato Pokok daun pandan Jadi dengan adanya pokok2 ni kat laman, dah jimat skit belanja barang dapur yang korang perlu keluarkan. Aku sendiri pun lebih prefer tanam pokok2 sayuran berbanding pokok2 bunga kerana manfaatnya yang lebih besar dalam kehidupan seharian aku yang lebih menggemari aktiviti...

Renew Polisi Insurans dan Roadtax Kenderaan Termurah

Imej
Jika anda memiliki kenderaan samada kereta, lori ataupun motorsikal, sudah tentu korang akan mencari premis insurans yang menawarkan bayaran terendah untuk pembaharuan polisi bukan? Jika korang masih belum jumpa, jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkannya di Policy Street.com .  Di Policy Street , anda hanya perlu isikan maklumat kenderaan berserta maklumat peribadi dan pilihan insurans (first party latau third party). Bayaran insurans adalah sangat murah dan pelanggan boleh meminta quotation terlebih dahulu sebelum mengesahkan pembelian. Segalanya hanya perlu dibuat secara online sahaja dan anda juga boleh request untuk siapkan pembaharuan road tax sekali. Klik pautan ini untuk memperbaharui insurans kenderaan anda.