Tanam Sayuran Sendiri
Jika korang atau mak korang selalu memasak lauk-pauk yang sedap2 kat rumah, pastinya sayuran seperti cili, serai, daun limau purut adalah bahan yang kerap kali digunakan.
Kali ni aku nak listkan apa sayuran yang senang ditanam kat laman/tepi rumah dan mudah korang nak jaga. Antaranya seperti:
- Cili padi kampung - bahan penting dalam pelbagai masakan seperti masak lemak cili api dan lain2
- Cili besar - untuk sambal belacan dll
- Pokok kesum - daunnya untuk buat kuah laksa
- Pokok kunyit - daunnya untuk buat masak lemak dan rendang
- Serai
- Pokok kari - daunnya untuk masak kari atau ayam goreng berempah
- Pokok limau purut - tomyam dll
- Pokok daun sup
- Pokok ketumbar
- Pokok ulam raja
- Pokok bayam brazil
- Pokok tomato
- Pokok daun pandan
Jadi dengan adanya pokok2 ni kat laman, dah jimat skit belanja barang dapur yang korang perlu keluarkan.
Aku sendiri pun lebih prefer tanam pokok2 sayuran berbanding pokok2 bunga kerana manfaatnya yang lebih besar dalam kehidupan seharian aku yang lebih menggemari aktiviti memasak dan bertani.
Bagi yang mempunyai sedikit tanah lapang, korang boleh memanfaatkan kawasan tersebut dengan penanaman melalui sistem fertigasi.
Kelebihan sistem fertigasi adalah korang tak perlu siram pokok secara manual kerana pengairan dijalankan secara automatik. Buah yang terhasil juga lebih besar dan lebih cepat dituai berbanding jika ditanam menggunakan teknik biasa.
| Pokok cili padi kampung aku tanam melalui teknik fertigasi |
Jika korang berminat nak tahu details berkenaan fertigasi, korang boleh klik pada pautan ini atau lawati fb page Azif Teras Hijau.
Ulasan
Catat Ulasan