Kad Kredit - Lebih Jimat atau Tidak?

Kredit foto : Sinar Harian

Ramai antara kita yang ada kad kredit kerana ianya membantu dalam pengurusan kewangan seseorang.

Tapi adakah dengan adanya kad kredit ini memberi lebih penjimatan dalam aspek perbelanjaan bulanan atau tahunan korang? 

Bagi aku lah, kad kredit ni langsung TAK MEMBANTU dalam menjimatkan belanja bulanan. Cuma kalau ada kad ni, korang tak perlu bawak cash banyak2 dan boleh digunakan sewaktu kecemasan. 

Contohnya kalau kenderaan korang tiba2 rosak tengah highway dan perlu hantar ke bengkel untuk dibaiki, pada saat inilah kad kredit yang korang ada tu betul2 berguna. 

Sure korang tak bawak cash yang banyak time tu kan tapi dengan kad kredit, korang boleh guna untuk bayar tow truck dan kos repair kenderaan kat bengkel tadi.

Akan tetapi, korang perlu juga berhati-hati sebab adakalanya 'nafsu' untuk berbelanja yang tak dapat dilepaskan di saat adanya tawaran diskaun hebat samada dari Shopee, Lazada atau dari mana2 shopping mall berdekatan korang.

Nak guna kad kredit sesekali tu boleh, cuma korang kenalah bayar sebelum tempoh yang telah ditetapkan oleh bank untuk mengelakkan dari dikenakan caj 18%.

So pilihan di tangan korang untuk pengurusan kewangan yang lebih bijak. 

Anyway, untuk korang yang prefer untuk apply kad kredit, boleh klik pautan di bawah:

MOHON KAD KREDIT (korang boleh pilih mana bank yang korang suka such as Maybank, Citibank, Standard Chartered dll lagi)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Guna Semula Beg Plastik/Botol Terpakai

Tips Jimatkan Bajet Hotel

Minyak Masak Paket vs Minyak Masak Botol