Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Peralatan jimat tenaga

Beralih Kepada Peralatan Jimat Elektrik

Imej
Dalam tempoh PKP yang lalu ramai dari kita dikejutkan oleh bil elektrik yang melambung tinggi kerana rakyat telah diarahkan untuk duduk di rumah dan keluar hanya apabila perlu sahaja. Kenaikan bil ini disebabkan oleh penggunaan barangan elektrik seperti aircon atau tv yang terlalu lama dihidupkan sehingga menyebabkan ada yang terkejut apabila jumlah bil yang sampai di luar dari kadar biasa! Keadaan ini justeru lebih membebankan ditambah lagi apabila ada yang kehilangan pekerjaan dek kerana pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia.  Penggunaan peralatan elektrik yang tidak jimat tenaga pada tempoh yang lama menyumbang kepada kenaikan bil elektrik.  Untuk mengatasinya korang dinasihatkan untuk beralih kepada peralatan yang lebih jimat tenaga. Antaranya adalah seperti lampu kalimantang LED , pendingin hawa jenis inverter dan peti sejuk jenis inverter atau yang mempunyai energy efficiency label dengan star-rating yang tinggi.  1-Star bermaksud peralatan tersebut tidak jim...