Beli Barangan Terpakai
Setiap orang mahukan barangan yang baru (brand new) tidak kiralah samada ianya pakaian, perabot, peralatan elektrik, gajet elektronik, kenderaan dan sebagainya kerana yg baru biasanya adalah yg elok dan tiada 'cacat cela'nya. Namun bukan semua yang baru adalah yang murah. Ditambah pula, apabila perlu memikirkan bajet yang lain juga untuk pelbagai keperluan lain. Ada yang sampai sanggup berhutang di Courts Mammoth atau Ikea misalnya semata-mata nak rumah nampak trendy dan "up-to-date". Namun, amalan sebegini amatlah tidak baik kerana lama-kelamaan boleh memakan diri-sendiri dan merugikan. Alternatif yang ada sebagai penyelesaian adalah mencari barangan terpakai (juga disebut preloved item) . Umum mengetahui bahawa kedai barangan terpakai biasanya menjual item mereka pada harga yang sangat murah . Dan mostly korang masih lagi bernegosiasi dengan penjual untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik. Jika kat tempat korang takde kedai barangan terpakai, portal mudah.my...