Tips Jimat Beli Tiket Flight
Sebut je flight tambang murah mesti korang akan terus teringat Airasia kan? Namun ada banyak lagi syarikat penerbangan yang adakalanya menawarkan diskaun kepada pelanggannya tanpa kita semua sedari! Jadi bagaimana nak tahu yang mana yang paling murah? Jawapannya adalah melalui Skyscanner . Contohnya kalau korang nak tempah flight dari KLIA ke Langkawi, korang boleh memilih samada untuk setkan tiket sehala atau dua hala. Setelah korang klik search, Skyscanner akan menyenaraikan semua syarikat penerbangan yang ada di Malaysia seperti Airasia, Malaysia Airlines dan Firefly . Dari senarai nilah korang dapat memilih syarikat penerbangan mana yang lebih murah dan pastinya menjimatkan poket korang. Pilihan perjalanan menggunakan Skyscanner ini tidak hanya terhad kepada penerbangan domestik sahaja bahkan untuk ke seluruh dunia.