Beli Barangan Terpakai
Setiap orang mahukan barangan yang baru (brand new) tidak kiralah samada ianya pakaian, perabot, peralatan elektrik, gajet elektronik, kenderaan dan sebagainya kerana yg baru biasanya adalah yg elok dan tiada 'cacat cela'nya.
Namun bukan semua yang baru adalah yang murah. Ditambah pula, apabila perlu memikirkan bajet yang lain juga untuk pelbagai keperluan lain.
Ada yang sampai sanggup berhutang di Courts Mammoth atau Ikea misalnya semata-mata nak rumah nampak trendy dan "up-to-date".
Namun, amalan sebegini amatlah tidak baik kerana lama-kelamaan boleh memakan diri-sendiri dan merugikan.
Alternatif yang ada sebagai penyelesaian adalah mencari barangan terpakai (juga disebut preloved item).
Umum mengetahui bahawa kedai barangan terpakai biasanya menjual item mereka pada harga yang sangat murah. Dan mostly korang masih lagi bernegosiasi dengan penjual untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik.
Jika kat tempat korang takde kedai barangan terpakai, portal mudah.my adalah salah satu di mana korang boleh search for them. Aku sendiripun kerap menggunakan laman ni untuk mencari peti sejuk terpakai sewaktu aku menetap di rumah sewa kat Negeri Sembilan pada tahun lepas.
Peti ais terpakai yang aku beli tu berharga RM180 tapi kalau beli yang brand new dah mencecah sehingga RM400. Conditionnya pun masih ok dan yang paling penting, aku dah dapat jimatkan duit aku sebanyak RM220!
Jadi pilihan di tangan korang. Nak yang mcm mana.
Untuk pengetahuan korang juga, di Rengit, Batu Pahat terdapat satu kampung di mana kebanyakan rumah yang ada di situ menjual pelbagai barangan terpakai yang diimport dari Singapura. Dari pakaian, kasut, TV, cerek elektrik, mesin basuh, basikal, hingga perabot, bahkan boleh dikatakan segalanyalah ada di sini.
| Deretan kedai barangan terpakai di Rengit |
Ramai mengatakan tempat ini adalah Syurga Bundle dan sudah tentu harga yang dijual di sini lebih murah daripada premis yang ada di negeri2 lain.
Kalau korang nak tahu kampung ni kat mana, boleh pm tepi ya 😁.
Ulasan
Catat Ulasan