Catatan

Kad Kredit - Lebih Jimat atau Tidak?

Imej
Kredit foto : Sinar Harian Ramai antara kita yang ada kad kredit kerana ianya membantu dalam pengurusan kewangan seseorang. Tapi adakah dengan adanya kad kredit ini memberi lebih penjimatan dalam aspek perbelanjaan bulanan atau tahunan korang?  Bagi aku lah, kad kredit ni langsung TAK MEMBANTU dalam menjimatkan belanja bulanan. Cuma kalau ada kad ni, korang tak perlu bawak cash banyak2 dan boleh digunakan sewaktu kecemasan.  Contohnya kalau kenderaan korang tiba2 rosak tengah highway dan perlu hantar ke bengkel untuk dibaiki, pada saat inilah kad kredit yang korang ada tu betul2 berguna.  Sure korang tak bawak cash yang banyak time tu kan tapi dengan kad kredit, korang boleh guna untuk bayar tow truck dan kos repair kenderaan kat bengkel tadi. Akan tetapi, korang perlu juga berhati-hati sebab adakalanya 'nafsu' untuk berbelanja yang tak dapat dilepaskan di saat adanya tawaran diskaun hebat samada dari Shopee, Lazada atau dari mana2 shopping mall berdekatan korang. Nak gu...

Tips Jimat Beli Tiket Flight

Imej
Sebut je flight tambang murah mesti korang akan terus teringat Airasia kan? Namun ada banyak lagi syarikat penerbangan yang adakalanya menawarkan diskaun kepada pelanggannya tanpa kita semua sedari!  Jadi bagaimana nak tahu yang mana yang paling murah?  Jawapannya adalah melalui Skyscanner .  Contohnya kalau korang nak tempah flight dari KLIA ke Langkawi, korang boleh memilih samada untuk setkan tiket sehala atau dua hala. Setelah korang klik search, Skyscanner akan menyenaraikan semua syarikat penerbangan yang ada di Malaysia seperti Airasia, Malaysia Airlines dan Firefly .  Dari senarai nilah korang dapat memilih syarikat penerbangan mana yang lebih murah dan pastinya menjimatkan poket korang. Pilihan perjalanan menggunakan Skyscanner ini tidak hanya terhad kepada penerbangan domestik sahaja bahkan untuk ke seluruh dunia.

Tips Jimatkan Belanja Beli Ikan/Makanan Laut

Imej
Korang perasan tak saban tahun harga ikan makin lama makin mahal. Dulu time zaman 80-90an, harga ikan selayang atau kembong tak sampai pun rm5 sekilo. Nowadays dah berbelas ringgit dah sekilo... tu belum kira siakap seribu yg mcm kat Langkawi tu ari..opsss...kan...😁..silap2 apa tau...di tahun2 yg mendatang nanti, ikan akan jadi menu utk golongan kayangan je..yg marhaen makan ayam tiap2 ari...sedihhhh! Tapi aku ada satu perkongsian best utk korang..sebenarnya ada cara untuk dapatkan ikan yang murah. Cuma korang kena rajin buat survey skit lah pasar mana yang ada jual ikan secara borong...macam aku, bebaru ni aku diajak oleh pakcik aku ke satu pasar awam dekat Pontian.  Kredit foto: Johor Kaki Kitorang pegi pukul 5.00 pagi...sesampainya di sana, aku rasa mcm teruja sebab harga ikan kat situ murah2 sangat jika dibandingkan dengan harga kalau korang beli kat pasaraya. Contohnya sotong,kalau kat pasaraya dah rm41/kg, tapi kat pasar ni cuma rm25/kg...Macam2 lagi ikan yang dijual murah2 ...

Minyak Masak Paket vs Minyak Masak Botol

Imej
Antara bahan harian di rumah yang selalu digunakan ibu2 adalah minyak masak. Penggunaan minyak masak boleh dikatakan antara penyumbang utama perbelanjaan bulanan sesebuah keluarga. Tapi tahukah korang, pemilihan minyak masak juga sebenarnya membantu mengurangkan kos bulanan perbelanjaan rumah.  Kredit foto: Berita Harian Minyak masak paket sepatutnya menjadi pilihan bijak ibu2 kerana harganya yang lebih murah berbanding minyak masak botol. Harga 1kg minyak masak paket adalah sekitar rm2.50 ~ rm3 manakala minyak masak botol 2kg berharga rm12. Jadi mana yang lebih jimat? Tentunya minyak masak paket bukan!

Tips Jimatkan Bajet Hotel

Imej
Bagi korang yang nak cuti2 Malaysia, JANGAN sesekali korang terus walk-in ke hotel atau resort! Biasanya kebanyakan hotel mengenakan caj yang terlalu mahal jika korang terus walk-in mcm tu je..  Untuk save bajet hotel, korang disarankan untuk tempah hotel tu secara online. Antara site yang korang boleh lawati adalah seperti Hotelscombined.my dan nikmatilah percutian korang sambil berjimat.  Kebanyakan hotel juga menawarkan kadar diskaun yang menarik bergantung kepada hari korang nak stay. Selain tu korang dapat memilih hotel apa lagi yang korang prefer based on price, fasiliti, breakfast, dsbnya.